Monday 6 February 2012

mood today :) :( :/


 :) :P :( :/
Hari ni...............
hmmmmmm....ntah la..macam-macam perasaan rase...ade sedih,;( happy ;) nak marah :/ xtau kenape..mgkn sedih sbb kawan2 kacau td...sy bkn la manje sgt tp ase cm sedih je.."termenangis"td depan dorang..mgkn sbb rindu kat mak kot...mgkn jgk sbb keje asaimen byk xsetle lg...touching lebih plak arini...huhu...time tu sy xtau ade yg perasan sy sedih...tibe2 name ku dipanggil dan ditanye kenape? kenape? dan kenape? wah.....terharu sgt...nk nk bile diri ni plak mmg tol2 ase sedih.ape lagi..semakin menangis laa..uhu ."si tanye" tu plak pujuk dri sy dgn belanja aiscream MAGNUM.!!! wawawawa..sape sangke!.terus ilang rase sedih..suke dan xsangke..yela....aiskrim tu kn mahal.tiap2 hari g koop mesti tgk asikrim tu..harge RM3.90 ase cm syg nk beli tau...mgkn arini rezeki sy...dpt jgk..mekasih sahabat baik ku...akn ku igt kamu selalu...;) 

~DISINI~
Kawan-kawan disini sy nak kongsi...walau dimane pun dri kite berada,dan walaubagaimane pun keadaan kite time tu...igt! igt! dan igt! kite mesti dan wajib ade perasaan sabar...
ape die?? S.A.B.A.R kawan-kawan.S.A.B.A.R
tapi...kite manusia mne ade yg leh sabar sgt pun,lambat sikit dan ase nk marah,blebe xbenti dah..
memang...memang....
sy pun kekadang xleh sabar jgk, bkn la baik sgt,tp dri yg xberape nak baik ni la nk jdikan baik banyak dan tambah kan "baik " dalam diri ni...so...di bawah ni sy nak share sikit...
jom jom meh bace same-same 


Ust Azhar Idrus- [ Kelebihan Sabar ] 




Sifat sabar, marah gambaran keperibadian.


Sabar dan marah adalah dua sifat bertentangan. Bezanya ialah, tahap kesabaran dan kemarahan itu secara tidak langsung menggambarkan peribadi seorang Muslim.Dalam Islam, sabar ialah menahan diri dan membawanya kepada tuntutan syarak dan akal sebagai suatu kekuatan jiwa untuk menunaikan kewajiban.

Sabar ialah pangkal kejayaan, berbeza dengan sikap berputus asa.

Imam al-Ghazali menghuraikan bahawa sabar ialah sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan dalam hal menundukkan hawa nafsu. Barang siapa yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan hawa nafsu dengan terus-menerus, maka orang itu termasuk dalam golongan orang yang sabar.

Apa yang jelas, kesabaran biasanya diuji apabila seseorang itu ditimpa kesusahan seperti nahas, sakit, kematian, atau harta kesayangan hilang atau rosak.

Allah berfirman yang bermaksud: ."Sesungguhnya Kami akan menguji kamu sekalian dengan satu cubaan berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan tanam-tanaman. Berikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar iaitu ketika mereka ditimpa musibah mereka berkata: 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.' Mereka orang yang mendapat kurnia , kehormatan dan rahmat Tuhan dan merekalah orang yang mendapat hidayah."(Surah al-Baqarah, ayat 155 hingga 157)

Allah menguji manusia dengan pelbagai jenis ujian. Mungkin sewaktu mereka mewah dan senang dan mungkin juga sewaktu melarat atau susah.

Ujian berbentuk penderitaan hidup biasanya diatasi sendiri oleh manusia.

Sebaliknya, ujian berbentuk kesenangan dan kemewahan jarang dihadapi dengan sabar dan tabah. Ada manusia lupa daratan selepas dikurniakan harta dan pangkat sehingga lupa untuk terus berbakti sesama manusia.

Dalam hal ini, ada manusia yang kaya harta tetapi miskin jiwa dan rohaninya. Mental dan moralnya juga tidak bernilai kerana manusia seolah-olah lupa siapa yang menjadikannya kaya dan hidup mewah.

Dalam al-Quran, surah Al-i Imran, ayat 200, Allah berfirman yang bermaksud: " Wahai orang yang beriman, bersabarlah dan perkuatkanlah kesabaran di antara sesama kamu, dan bersedialah kamu, serta bertakwalah kepada Allah, agar kamu sekalian memperolehi kemenangan."

Sifat marah pula bukan sahaja dimurkai Allah, malah tidak disenangi sesama manusia. Sabda Rasulullah, yang bermaksud: "Jagalah diri kamu daipada perbuatan marah. Sesungguhnya marah itu laksana bara api yang menyala di hati bani Adam. Cubalah perhatikan ketika seseorang marah, lehernya kembang, dua biji matanya merah."

Jika orang yang marah sentiasa mengingati kebesaran dan keagungan Allah, nescaya akan redup api kemarahannya, sekali gus menyebabkan fikiran dan tindakannya kembali normal.

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: " Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.
" Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ." 

" Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: " Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjwab: " Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka Malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan aku tidak suka duduk dengan syaitan," jawab Baginda.

Rasulullah kemudian bersabda: "Allah akan memuliakan hambaNya ketika dianiaya, lalu memberikannya kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah dia baring."

Abu Hurairah al-Bahili pula meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan isi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat."

1 comment:

  1. hahha . akak . akak . comel laa cite akak dengan PIAN tuh . hehe tahniah . semoga berkekalan hingga jingjang pelamin . hope t akak kawen kite owg sume dapat la makan magnum jugak . haha

    ReplyDelete